KBS Guna Pendekatan Jana Pendapatan

Diterbitkan: Selasa, 22 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sejajar dengan sambutan Tahun Industri Sukan tahun depan, Kementerian Belia dan Sukan akan menggunakan pendekatan baru sebagai penjana pendapatan kepada negara.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata sukan bukan hanya untuk mendapatkan pingat atau melahirkan orang yang cergas tetapi ia juga boleh dijadikan penjana pendapatan, peluang pekerjaan, kreativiti dan inovasi yang besar.

"KBS akan menjadi kementerian yang pendekatannya ekonomikal, yang boleh memberikan kesan kepada pembangunan ekonomi negara dan ianya akan menjadi satu trend baru di mana kita bukan hanya gunakan wang kerajaan sebaliknya mampu jana pendapatan," katanya pada perhimpunan bulanan kementerian di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata kementerian juga meletakkan sasaran sejuta pengunjung bagi sambutan Hari Belia yang akan diadakan tahun depan berikutan kejayaan mencapai sasaran 250,000 pengunjung pada sambutan Hari Belia yang lalu.

Beliau berkata sasaran itu juga akan dijadikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di mana perancangan mengenainya telahpun dimulakan, dan lebih banyak acara yang melibatkan belia akan diadakan bagi mencapai matlamat tersebut.

"Ini adalah cabaran bagi kita untuk melibatkan satu juta belia semasa sambutan Hari Belia akan datang dan kita akan berusaha ke arah itu," katanya.

Ahmad Shabery berkata Putrajaya akan dijadikan tempat tradisi bagi sambutan tersebut setiap tahun, malah sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 baru-baru ini, Putrajaya akan diberikan perubahan wajah untuk lebih mesra belia.

"Lebih banyak kemudahan dan ruang akan disediakan kepada belia untuk menjalankan aktiviti dan program bermanfaat dan bersesuaian, termasuk kemudahan untuk program perkhemahan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan