Sukma: Kedah Dan Negeri Sembilan Rangkul Emas Acara Angkat Berat - Sukan Ekstra | mStar

Sukma: Kedah Dan Negeri Sembilan Rangkul Emas Acara Angkat Berat

Diterbitkan: Jumaat, 18 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Juara bertahan Kedah, sekadar mempertahankan pingat emas dalam acara clean & jerk kategori bawah 105kg lelaki hari terakhir pada pertandingan angkat berat Sukan Malaysia Ke-13 Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh di sini, hari ini.

Muhammad Zafril Zulkifli, 22, berjaya mengangkat berat beban 173kg yang menyamai rekod yang dilakukannya pada Sukma Ke-12 di Terengganu dua tahun lepas.

Beliau turut memperolehi pingat perak dalam acara snatch dengan angkatan beban 137kg.

Atlet Negeri Sembilan, Rahimi Rahim, 22, berjaya memungut emas bagi acara snatch dan pingat perak bagi acara clean & jerk masing-masing dengan angkatan berat beban 141kg dan 173kg.

Pingat gangsa digondol atlet Sarawak Geoger Yusup dalam acara snatch dengan angkatan beban 130kg manakala atlet Terengganu Mohd Norfarhan meraih pingat gangsa dalam acara clean & jerk dengan angkatan berat beban 165kg. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan