Johor, Kedah Menang Satu Emas Acara Memanah

Diterbitkan: Rabu, 16 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Johor dan Kedah masing-masing memungut sebutir pingat emas dalam acara memanah yang masuk hari keempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) di sini, semalam.

Pemanah Johor, Haziq Kamaruddin memperoleh pingat emas dengan catatan mata 6-4 menewaskan pemanah Perak, Arif Farhan Ibrahim Putra yang memperoleh pingat perak dalam acara perseorangan (pusingan olimpik) recurve.

Pingat gangsa menjadi milik pemanah Pulau Pinang, Muhammad Fareez Rosli dengan catatan mata 6-5 mengalahkan pemanah Perak, Liew Tek Wa.

Ketika ditemui Bernama, Haziq berkata beliau amat gembira dapat menghadiahkan pasukan Johor pingat emas dan akan berusaha untuk memenuhi sasaran sebutir lagi emas dalam acara berpasukan lelaki (pusingan olimpik) recurve esok.

Sementara itu, dalam acara perseorangan (pusingan olimpik) compound, pemanah Kedah, Muhammad Zaki Mahazan meraih pingat emas dengan catatan mata 6-0 menewaskan pemanah tuan rumah Melaka, Muhammad Juwaidi Marzuki.

Pingat gangsa menjadi milik pemanah Perak, Zulkifli Mohamed Yusof dengan catatan mata 6-4 mengalahkan pemanah Wilayah Persekutuan Amir Ikhbar Mohd Latifi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan