Acara Menembak, Empat Rekod Baru Dicipta

Diterbitkan: Rabu, 16 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sebanyak empat rekod baru Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 Melaka dicipta dalam acara menembak di Pusat Sukan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di sini, hari ini.

Dua rekod baru dicipta Pahang manakala masing-masing satu rekod oleh tuan rumah Melaka dan Johor.

Pasukan Pahang mencipta rekod dalam acara 50m rifle 3 position wanita berpasukan dengan 1,695 mata, memadam rekod lama 1,678 mata yang dicipta pasukan negeri itu pada Sukma kesembilan di Sabah, lapan tahun lalu.

Trio Pahang yang dianggotai Nur Ayuni Farhana Abdul Halim, Aina Zahiran dan Faezaton Elmia Ahmad Kamal memperoleh pingat emas dengan menewaskan pasukan Melaka yang memperoleh pingat perak dengan 1,668 mata manakala Perak meraih pingat gangsa dengan 1,646 mata.

Nur Ayuni Farhana juga cemerlang dalam acara 50m rifle 3 position wanita individu apabila mencipta rekod baru dengan 584 mata, memecahkan rekod lama 583 mata yang dicipta penembak Perak, Nur Suryani Mohd Taibi pada Sukma ke sembilan di Sabah 2002.

Ketika ditemui Bernama, Nur Ayuni Farhana berkata beliau dan pasukannya mensasarkan untuk memperoleh pingat emas dalam kedua-dua acara tetapi untuk memecah rekod bagi kedua-dua acara itu adalah di luar jangkaan mereka.

Penembak Melaka, Johnathan Wong berjaya mencipta rekod baru dalam acara 10m air rifle individu dengan 570 mata, mengatasi rekod lama 565 mata yang dicipta penembak Selangor Afiq Alias pada Sukma ke-11 di Kedah 2006.

Jonathan memenangi pingat emas dengan menewaskan penembak Johor Loh Wen Jhuin (perak/565 mata) dan penembak Negeri Sembilan S. Suresh (gangsa/562 mata). Bagaimanapun, Johor menebus kehampaan itu apabila trio mereka berjaya mencipta rekod baru Sukma kategori berpasukan acara yang sama dengan mengumpul 1,677 mata mengatasi rekod lama iaitu 1,668 mata, yang dipegang pasukan Selangor pada Sukma di Kedah pada 2006.

Trio Johor yang dianggotai Loh, Choo Wen Yan dan Eddy Chew menewaskan trio Melaka (perak/1,665 mata) dan trio Perak (gangsa/1,651 mata).

Acara 25m pistol wanita individu menyaksikan penembak Kedah Wahidah Ismail memenangi pingat emas dengan 563 mata menewaskan penembak Terengganu Alia Sazana Azhari (perak/559 mata) dan Noor Izzati Jasni dari Selangor (gangsa/559 mata).

Alia Sazana dianugerahkan pingat perak apabila berjaya memperoleh sepuluh tembakan tepat ke sasaran tengah berbanding Noor Izzati hanya mendapat lapan. Dalam kategori berpasukan acara sama, Selangor yang dianggotai oleh Nor Izzati, Fatin Hani Mohd Sheriff dan Lenny Marliana Omar berjaya memperoleh pingat emas dengan mencatat 1,632 mata.

Selangor menang tipis mendahului Pahang (perak/1,631 mata) dan Terengganu (gangsa/1,618 mata). Setakat hari ini, Pahang mendominasi acara menembak dengan memperoleh 11 pingat emas jauh meninggalkan Johor yang memperoleh empat emas dan Melaka tiga emas.

Hari terakhir acara menembak esok menawarkan empat lagi pingat emas daripada acara 25m sport pistol lelaki dan 50m rifle 3 position lelaki, kesemuanya melibatkan kategori individu dan berpasukan.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan