Terengganu Dipelawa Jadi Tuan Rumah Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia

Diterbitkan: Selasa, 15 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu sekali lagi menerima pelawaan untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia ke-4 yang dijangka diadakan selepas Ogos ini.

Pengerusi Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) Mohd Shapian Ali berkata perkara itu dimaklumkan oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) kepadanya, berikutan kecemerlangan negeri itu menganjurkan kejohanan sama tahun lepas.

"Ini kali kedua berturut-turut kita jadi tuan rumah selepas tahun lepas," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Shapian berkata tarikh sebenar kejohanan belum dipastikan.

Katanya PSM kini sedang berbincang dengan kerajaan negeri mengenai kewangan, penginapan, promosi, stadium, pengangkutan dan sebagainya.

Beliau berkata pada kejohanan kali ini, dijangka lebih banyak negara mengambil bahagian berbanding tahun lepas ekoran penularan wabak Influenza A (H1N1).

Katanya PSTNT kini bersiap sedia mengendalikan kejohanan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan