Walaupun Tewas, Sabri Nullah Masih Berpuas Hati

Diterbitkan: Isnin, 14 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Walaupun kalah di perlawanan akhir dalam acara Epee perseorangan lelaki, namun pemain pedang Sabah, Sabri Nullah masih berpuas hati mengenainya.

Beliau gagal memenangi emas setelah tewas kepada peserta Selangor, Koh I Jie dengan mata 15-9 di Kompleks Sukan Batu Berendam hari ini.

"Saya gementar di pusingan pertama selepas menewaskan peserta Perlis (Yeo Jun Seng). Saya kembali yakin di pusingan kedua.

Tetapi saya melakukan banyak kesilapan dan terpaksa memperbaiki permainan di baki perlawanan untuk memasuki pusingan seterusnya.

"Apapun saya gembira kerana ini mungkin merupakan penyertaan Sukan Malaysia terakhir buat saya," kata Sabri. Dalam peringkat kalah-mati, Sabri menewaskan Ruberchandran dari Wilayah Persekutuan buat kali kali kedua dengan mata 15-13 untuk mara ke sukur akhir di mana beliau menewaskan pula peserta Terengganu, Muhammad Roslan 13-12.

Sabri kemudiannya menempah tempat ke final dengan kemenangan 15-10 ke atas Azroul Fazly dari Negeri Sembilan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan