Sukma: Sabah Dan Terengganu Raih Emas Acara Angkat Berat - Sukan Ekstra | mStar

Sukma: Sabah Dan Terengganu Raih Emas Acara Angkat Berat

Diterbitkan: Isnin, 14 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sabah dan Terengganu berjaya membolot pingat emas dalam pertandingan angkat berat hari ketiga, Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 Melaka yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh di sini hari ini.

Sabah memperolehi dua pingat emas melalui Aricco Jumitih dalam acara snatch dan clean & jerk bagi kategori bawah 62kg lelaki.

Aricco muncul juara acara clean & jerk setelah berjaya mengangkat bebanan 153kg, dengan itu mengatasi rekod peribadinya dengan angkatan beban 152kg pada Sukan Komanwel di Cyprus 2008.

Bagi acara snatch beliau mengangkat bebanan 119kg.

Atlet Sarawak Daniel Heypli pula menggondol pingat Perak masing-masing dalam acara snatch dan clean & jerk dengan membuat angkatan beban masing-masing 104kg dan 130kg.

Atlet Pulau Pinang, Mohd Syafiq Mohd Yusof pula membawa pulang pingat gangsa masing-masing bagi acara snatch dan clean & jerk selepas mengangkat beban 104kg dan 128kg.

Sementara itu, Terengganu turut meraih dua pingat emas kategori bawah 69kg lelaki melalui Mohd Hafifi Mansor masing-masing dalam acara snatch dan clean & jerk, apabila beliau berjaya mengangkat bebanan 131kg dan 163kg.

Dalam acara snatch, atlet tuan rumah Melaka Dzul Maajad memungut pingat perak dengan angkatan beban 104kg manakala pingat gangsa dimiliki Mohd Yusof Azmi dari Kedah dengan angkatan beban 102kg.

Bagi acara clean & jerk, atlet Pulau Pinang, Mohd Faizal Bakri memungut pingat perak dengan angkatan beban 130kg manakala rakan sepasukan, Khairul Asnawi meraih gangsa dengan angkatan beban 128kg.

Pertandingan yang menawarkan keseluruhan 32 pingat emas akan bersambung esok. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan