Sukma: Pelumba Terengganu Juara Acara Berbasikal

Diterbitkan: Isnin, 14 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pelumba Terengganu, Mohd Shahrul Mat Amin muncul juara dalam acara berbasikal lepas beramai-ramai individu lelaki Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 Melaka di sini hari ini.

Beliau terpaksa bersaing sengit dengan rakan senegeri, Muhamad Adiq Husaine Othman dalam perlumbaan yang bermula di Taman Bandaraya Bukit Serindit.

Pingat emas akhirnya menjadi milik Mohd Shahrul apabila menewaskan Muhamad Adiq Husaine melalui keputusan photo finish selepas kedua-dua pelumba melepasi garisan penamat pada masa yang sama 4 jam 6 minit 34 saat dalam saingan yang melibatkan dua pelumba kebangsaan itu.

Pelumba Pahang Ahmad Fakhrullah Alias mendapat pingat gangsa dengan catatan masa 4:7.4s.

Ketika ditemui Bernama, Mohd Shahrul berkata kemenangan beliau hari ini didorong oleh bantuan daripada rakan sepasukan sepanjang perlumbaan itu berlangsung.

"Saya dan Adiq (Muhamad Adiq Husaine) tidak berlumba untuk tentu siapa hebat, kami menang untuk pasukan kami Terengganu," katanya yang mempertahankan pingat emas dalam acara yang sama pada Sukma ke-12 di Terengganu pada 2008.

Sementara itu, Mohd Shahrul dan Muhamad Adiq Husaine bersama empat lagi rakan mereka, Mohamad Saufi Mat Senan, Mohd Shahrul Afiza Fuizan, Muhamad Shobry Abdullah dan Yusrizal Usoff muncul pemenang pingat emas acara lepas beramai-ramai berpasukan lelaki yang diadakan serentak dengan acara individu.

Dalam acara itu, hanya tiga daripada enam pelumba yang mencatat masa terpantas dikira sebagai jumlah masa rasmi pasukan.

Mohd Shahrul, Muhamad Adiq Husaine dan Mohamad Saufi Mat Senan mencatat jumlah masa 12:22.1s menewaskan pasukan Pahang dengan catatan 12:33.23s sementara Brunei memenangi gangsa menerusi catatan 12:35.24s.

Muhamad Adiq Husaine berkata beliau amat gembira kerana strategi yang diatur berjaya dilaksanakan dengan sempurna bersama rakan sepasukan.

"Pada 28 Jun ini saya akan balik ke Melbourne (Australia) berlatih di sana dan bersedia untuk menyertai kejohanan Tour of Queensland, juga di sana (Australia) pada Julai ni," katanya yang memenangi tiga pingat emas dan satu pingat perak sepanjang acara berbasikal kategori lebuh raya Sukma Ke-13 ini.

Perlumbaan sejauh 168.5km itu melibatkan rolling start sejauh 8.8km dari kawasan permulaan ke Simpang Tiga Pokok Mangga, kemudian melalui Persimpangan Tangga Batu, Lubok Cina, Melaka Pindah, Selandar, Bandar Jasin, Bemban yang kemudiannya memasuki lebuhraya Alor Gajah-Melaka-Jasin dan kemudian balik semula ke Taman Bandaraya Bukit Serindit. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan