Sukma: Kimberly Janet Perolehi Emas Pertama Sabah Bagi Acara Sukan Lawan Pedang

Diterbitkan: Isnin, 14 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Atlet lawan pedang Sabah, Kimberly Janet Ansibin memperolehi emas pertama bagi Sabah dalam sukan lawan pedang setelah memenangi acara Sabre perseorangan wanita di Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di Kompleks Sukan Batu Berendam hari ini.

Kimberly, 20, pelajar kolej dari Kota Kinabalu menewaskan Natasha Eryna Mohd Nasir dari Negeri Sembilan dalam satu pertarungan sengit dengan memungut mata 15-13.

Kejayaan Kimberly itu begitu bermakna setelah empat atlet negeri di bawah bayu itu tewas di perlawanan akhir dan hanya memperolehi empat pingat perak sebelum kemenangan Kimberly.

"Ini adalah kejayaan emas pertama saya setelah menyertai tiga kejohanan Sukma sejak 2006 di Kedah," katanya ketika ditemui Bernama.

Ain Wahida Ibrahim dan Jaslyn Saw Sheue Fang dari Johor dan Pulau Pinang memenangi pingat gangsa.

Daripada enam pingat emas yang ditawarkan sehingga hari ini, Selangor mendominasi dengan memperolehi tiga pingat emas sementara Negeri Sembilan, Johor dan Sabah masing-masing memperolehi satu pingat emas.

Dalam satu lagi penentuan emas hari ini, atlet kebangsaan Koh I Wei, 22, dari Selangor mengekalkan kejuaraan emas yang dimenanginya di Sukma lepas di Terengganu bagi acara foil lelaki individu.

Koh memperolehi kemenangan percuma setelah lawannya dari Sabah, Junaidin Bardin tidak dapat bertanding di perlawanan akhir akibat kecederaan yang dialami oleh Junaidin selepas perlawanan separuh akhir.

"Saya gembira dengan kemenangan ini tetapi turut simpati dengan kecederaan yang dialami oleh Junaidin yang merupakan rakan saya dalam skuad kebangsaan," katanya yang mensasarkan kejayaan pada Kejohanan Lawan Pedang Asia di Korea pada bulan depan.

Pingat gangsa diraih oleh Andrew Mok Vern Harn dari Wilayah Persekutuan dan Nurul Afiq Nazril Ismail dari Negeri Sembilan.

Sukan lawan pedang menawarkan keseluruhan 12 pingat emas iaitu enam emas bagi kategori individu dan enam emas lagi bagi acara berpasukan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan