Penerjun Tze Liang Raih Emas Kedua

Diterbitkan: Isnin, 14 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Penerjun pelapis negara, Ooi Tze Liang dari Pulau Pinang meraih pingat emas keduanya pada temasya Sukan Malaysia ke-13 melalui acara 10m platform individu lelaki.

Pada 11 Jun lepas ketika acara terjun Sukma Melaka membuka tirainya, Tze Liang berjaya meraih pingat emas dalam acara 3m papan anjal individu lelaki.

Pada acara yang berlangsung di Pusat Akuatik Hang Jebat hari ini, Tze Liang terpaksa berhadapan dengan saingan sengit daripada penerjun dari Selangor, Ahmad Fakhri Khairuddin dan Sarawak, Pardika Indoma Pamg.

Selepas melakukan enam rutin terjunan, Tze Liang berjaya mengumpul 389.35 mata untuk meraih pingat emas.

Pingat perak dimenangi Ahmad Fakhri selepas mengutip 385.30 mata, manakala Pardika Indoma meraih pingat gangsa dengan mengumpul 381.60 mata.

"Saya bagaimanapun tidak berpuas hati dengan kemenangan ini sebab saya banyak melakukan kesilapan semasa melakukan terjunan," kata penerjun yang berasal dari Georgetown itu.

Menurut beliau, penglibatan beliau dalam Sukma kali ini secara tidak langsung adalah sebahagian daripada persiapan beliau menghadapi temasya Sukan Olimpik Belia di Singapura, Ogos depan.

Selain Tze Liang, turut terpilih oleh badan induk sukan Akuatik, Fina, bagi mewakili Malaysia di temasya sulung itu ialah Pandalela Rinong Pamg. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan