Pahang Raih Tiga Pingat Emas Acara Menembak

Diterbitkan: Isnin, 14 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pahang meraih tiga pingat emas dalam acara menembak yang memasuki hari kedua, pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-13 yang berlangsung di Pusat Sukan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di sini, hari ini.

Ketiga-tiga pingat emas itu diraih dalam acara 10m air rifle lelaki berpasukan, 50m rifle prone wanita berpasukan dan individu.

Di samping meraih emas, pasukan wanita Pahang yang memperoleh 1,751 mata berjaya mengatasi rekod lama (1,749 mata) dalam acara 50m rifle prone wanita berpasukan yang dibuat negeri itu pada Sukma Ke-10 di Kedah 2006.

Trio Pahang, Aina Zahiran, Faizaton Elmia Ahmad Kamal dan Nurul Izzatie Roslan berjaya menewaskan pasukan tuan rumah Melaka yang memperoleh pingat perak dengan catatan 1,732 mata manakala pasukan Selangor mendapat pingat gangsa dengan 1,721 mata.

Ketika ditemui Bernama, Aina berkata mencipta rekod baru langsung tidak terlintas dalam fikiranya dan rakan sepasukan kerana mereka hanya mensasarkan memperoleh pingat emas.

Aina juga cemerlang dalam acara 50m rifle prone wanita individu apabila memperoleh pingat emas dengan catatan 594 mata menewaskan penembak Sarawak Chee Cia Cia (perak/585 mata) dan penembak Melaka, Nur Farah Afiqah Mohd Taufekh (gangsa/580 mata).

"Pingat emas individu memang tidak dijangka tetapi saya amat gembira dapat menyumbangkan pingat emas untuk Pahang," kata Aina.

Dalam acara 10m air rifle lelaki berpasukan, Pahang berjaya memperoleh pingat emas menerusi gandingan Mohd Nurrahimin Abdul Halim, Muhammad Hassanul Adzhar Mohamad dan Syed Muhammad Haziquddin.

Pahang yang memperoleh 1,727 mata mengatasi pasukan Wilayah Persekutuan (perak/1,726 mata) dan pasukan Perak (gangsa/1,716 mata).

Penembak Melaka, Azlan Johari menepati ramalan apabila memperoleh pingat emas dalam acara 10m air rifle lelaki individu dengan pungutan 585 mata.

Beliau yang juga pemegang rekod kebangsaan dan Sukma acara itu menewaskan penembak Pahang, Mohd Nurrahim Abdul Halim (perak/583 mata) dan Muhamad Zubair Mohammad dari Wilayah Persekutuan (gangsa/581 mata).

Sementara itu, acara 25m rapid fire pistol lelaki dikuasai oleh pasukan Johor apabila berjaya meraih dua pingat emas yang dipertandingkan dalam acara itu.

Pasukan Johor yang dianggotai Mohd Ridhuan Mohamed, Azril Mohd Amin dan Mohd Zaidi Muhamad berjaya memperoleh pingat emas dalam acara 5m rapid fire pistol berpasukan lelaki dengan catatan 1,540 mata.

Johor menang tipis ke atas pasukan Pahang yang memperoleh 1,539 mata muncul pemenang pingat perak manakala pasukan Selangor (gangsa/1,520 mata).

Mohd Ridhuan juga cemerlang dalam acara 25m rapid fire pistol individu lelaki apabila memperoleh pingat emas dengan catatan 550 mata menewaskan penembak Pahang, Muhamad Wisnu Awaluddin (perak/531 mata) dan penembak Selangor, Muhammad Amirul Syazwan Shamsuri (gangsa/530 mata).

Acara menembak diteruskan esok dengan menawarkan enam lagi pingat emas dalam 10m Air Pistol Wanita, 50m Free Rifle Prone Lelaki dan 25m Standard Pistol Lelaki, kesemuanya melibatkan kategori individu dan berpasukan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Kolumnis

iklan

Iklan