Sabah Berjaya Peroleh Emas Acara Angkat Berat

Diterbitkan: Sabtu, 12 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sabah dan Kelantan menguasai hari pembukaan acara angkat berat pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh di sini, semalam.

Dalam bawah 52 kg lelaki, peserta Sabah Lester Avin Ambrose, 21, meraih pingat emas dalam kategori clean & jerk dengan angkatan beban 118kg manakala Mohd Fadzli Dollah dari Kelantan memperoleh emas dalam snatch dengan angkatan beban 98kg.

Lester juga memperolehi pingat perak setelah berjaya membuat angkatan beban 92 kg bagi acara snatch.

Atlet harapan tuan ruman Melaka, Mohd Zahir Abd Rahim meraih pingat perak dalam acara clean & jerk dengan angkatan beban 118 kg.

Pingat gangsa bagi acara clean & jerk dan snatch dibolot oleh atlet Johor Mohamad Tramizi Abdullah dengan angkatan beban 117kg dan 92kg.

Acara angkat berat, yang menawarkan 17 emas itu, akan diteruskan Ahad ini. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan