Perak Dominasi Hari Kedua Acara Terjun - Sukan Ekstra | mStar

Perak Dominasi Hari Kedua Acara Terjun

Diterbitkan: Sabtu, 12 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Penerjun wanita negeri Perak mendominasi hari kedua acara terjun temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 dengan meraih dua pingat emas di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Hang Jebat di sini, hari ini.

Kedua-dua pingat emas Perak diraih menerusi acara 3m papan anjal seirama dan 10m platform seirama.

Dalam acara 3m papan anjal seirama wanita, gandingan Kam Ling Kar dan Jasmine Lai berjaya mengumpul 252.36 mata, mengatasi saingan terdekat mereka iaitu Ng Zheng Yi dan Adeline Chin dari Selangor yang hanya mampu berpuashati dengan 216.48 mata untuk pingat perak.

Pingat gangsa menjadi milik Nur Dhabitah Sabri dan Joey Loh Zhiayi dari Wilayah Persekutuan dengan 216.21 mata.

"Saya gembira dapat meraih pingat emas pada Sukma kali ini. Walaupun darjah kesukaran tidak tinggi tetapi ia satu pengalaman yang baik untuk saya," kata Kam.

Beliau kemudiannya bergandingan dengan penerjun negara, Cheong Jun Hoong dalam acara 10m platform seirama untuk pingat emas kedua Perak.

Selain acara 3m papan anjal seirama dan 10m platform seirama wanita, Kam turut mengambil bahagian dalam acara 3m papan anjal dan 10m platform individu.

Sementara itu, gandingan Ahmad Fakhri Khairudin dan Chew Yi Wei menyumbang pingat emas pertama buat Selangor dalam acara terjun 3m papan anjal seirama lelaki pada Sukma Melaka kali ini.

Gandingan Ahmad Fakhri dan Yi Wei berjaya mengumpul 357.96 mata untuk pingat emas, manakala Abdul Rashid Muhamad dan Pardika Indoma dari Sarawak mendapat pingat perak dengan mengumpul 353.85 mata.

Gangsa menjadi milik Adzhar Imran Rusli dan Muhammad Syafiq Darul Amin dari Negeri Sembilan dengan 298.71 mata.

Sarawak turut meraih emas pertama mereka melalui gandingan Abdul Rashid dan Pardika Indoma dalam acara 10m platform seirama lelaki.- BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan