16 Rekod Baru Dalam Acara Memanah

Diterbitkan: Sabtu, 12 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Enam belas rekod baru dicipta dalam acara memanah pada Sukan Malaysia (Sukma) Ke-13 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) dekat sini, hari ini.

Antaranya ialah rekod bagi kategori 'recurve' lelaki 90 meter yang dipecahkan oleh Mohd Izzudin Abd Rahim dari Pulau Pinang dan Mohd Zulkifli Tahil dari Wilayah Persekutuan.

Mohd Izzudin memperoleh 296 mata manakala Mohd Zulkifli 294 mata, mengatasi rekod lama yang dipegang Mohd Marbawi Sulaiman dari Sabah pada Sukma 2002 dengan 292 mata.

Selain itu, dalam kategori wanita, atlet kebangsaan menguasai pungutan pingat termasuk Noor Aziera Taib yang mewakili Perak dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh dari Sabah.

Noor Aziera meraih dua emas dalam kategori 'recurve' 70 meter dan 60 meter manakala Fatin Nurfatehah menggondol satu emas dalam acara kegemarannya 'compound' 60 meter selain perak dalam kategori 'compound' 70 meter.

Fatin Nurfatehah yang merupakan pemegang rekod kebangsaan bagi acara 'compound' 70 meter itu berkata, beliau tidak berpuas hati dan sedikit kecewa dengan prestasinya dalam kategori tersebut.

"Saya melakukan kesilapan kecil (acara 70m) dan cuba menebus kembali dalam cara 60m," katanya kepada Bernama selepas saingan itu.

Pada pertandingan hari ini, Kelantan dan Sarawak masing-masing memungut dua emas manakala satu emas masing-masing oleh Sabah, Pulau Pinang, Pahang dan Perak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan