Tiada Daging Lembu Disajikan Untuk Peserta Sukma

Diterbitkan: Jumaat, 11 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sekretariat Sukan Malaysia (Sukma) Ke-13 Melaka memutuskan supaya tiada daging lembu disajikan dalam makanan yang disediakan untuk peserta, urusetia dan sukarelawan sepanjang temasya sukan itu.

Pengerusi sekretariat Datuk Abdul Karim Sulaiman berkata keputusan itu diambil setelah mendapat persetujuan daripada semua jawatankuasa terlibat termasuk kontinjen.

"Kita mengambil keputusan ini dengan semangat hormat-menghormati, semangat 1Malaysia dan memahami sensitiviti sesuatu kaum," katanya dalam sidang akhbar di Stadium Hang Jebat di sini semalam.

Padi tadi, sekretariat Sukma menerima rungutan tentang terdapatnya daging lembu dalam sajian makanan peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk mereka yang beragama Hindu.

Sebanyak 20 katerer terlibat dalam penyediaan makanan untuk lebih kurang 12,000 orang termasuk atlet dan pegawai pada Sukma kali ini.

- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan