Peserta Brunei Bangga Dapat Hadiri Sukma

Diterbitkan: Jumaat, 11 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Meskipun tidak berjaya meraih sebarang pingat namun Abdul Rahim Johari dan Haris Adli Peranchis berbangga dapat mewakili Brunei ke Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 menerusi acara wushu kategori Nangun (belantan/cudgel).

Ini merupakan pertama kali Brunei menghantar penyertaan pada acara itu dan jelas kedua-dua peserta itu berpuas hati dengan persembahan mereka hari ini.

"Saya puas hati kerana ini baru pertama kali saya bertanding di Sukma," kata Abdul Rahim kepada Bernama di Kompleks Sukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) di sini.

Abdul Rahim, 15, mula mempelajari seni wushu sejak dua tahun setengah yang lalu di sekolah. Minat tu timbul sebab saya gemar menonton filem-filem kungfu," katanya.

Haris Adli, 20, berkata sukan wushu di Brunei semakin berkembang hasil sokongan kerajaan dan usaha Persatuan Wushu Brunei yang sering mengadakan jerayawara di daerah-daerah untuk mencari bakat baru.

"Wushu ni masih baru di Brunei, tapi ia semakin mendapat perhatian. Kita juga ada banyak bakat-bakat baru," katanya.

Pada acara wushu yang diadakan petang tadi, atlet Negeri Sembilan Phoon E Yin menggondol emas bagi kategori Qiangshu (lembing) wanita, manakala perak dimenangi Fong Chui Then dari Pulau Pinang dan gangsa, Bong Yie Ching dari Sarawak.

Bagi Qiangshu lelaki, peserta pilihan Gjeblehim Bong dari Sarawak menepati ramalan apabila muncul juara, mengatasi pencabar terdekatnya Wong Wen Son yang memperoleh perak diikuti Wong Kin Hon untuk gangsa, kedua-duanya dari Negeri Sembilan.

Sementara itu, peserta tuan rumah Chai Fong Chin mengungguli kategori Nangun wanita dengan kutipan mata tertinggi 9.45 yang melayakkannya meraih pingat emas, Lee Yean Chin dari Kedah untuk perak manakala atlet Wilayah Persekutuan, See Min, meraih gangsa.

Dalam kategori Nangun lelaki, Kevan Cheah menyumbang emas untuk Pulau Pinang manakala Ho Mun Hua dari Melaka memenangi perak dan Donny Tay dari Sarawak memperoleh gangsa.

Acara wushu menutup tirai hari ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan