Pelatih PLKN Meriahkan Acara Pembukaan Sukma Ke-13

Diterbitkan: Jumaat, 11 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seramai 120 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan mengambil bahagian pada acara perasmian Sukan Malaysia (Sukma) Ke-13 di Stadium Hang Jebat pada Sabtu ini.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata pelatih dari Kem PLKN Hutan Rekreasi Ayer Keroh itu ditugaskan membawa bendera Jalur Gemilang, bendera Melaka dan bendera negeri lain ketika perarakan kontinjen.

"Seramai 40 pelatih akan membawa Jalur Gemilang, 40 pelatih membawa bendera Melaka dan 40 pelatih lagi membawa bendera negeri-negeri," katanya kepada pemberita, di sinis semalam.

Beliau berkata penglibatan pelatih PLKN pada acara perasmian itu menunjukkan kepercayaan penganjur dan Kementerian Belia dan Sukan terhadap komitmen serta disiplin pelatih.

Ini adalah kali pertama pelatih PLKN terlibat dalam temasya dwitahunan itu, katanya.

Sukma Ke-13 yang bermula hari ini hingga 19 Jun ini akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob.

Kira-kira 8,000 orang terlibat dalam acara perasmian tersebut.

- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan