Gavin, Ainil Akan Pertahan Gelaran Juara Pada Kejohanan Golf TSM

Diterbitkan: Jumaat, 11 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gavin Kyle Green dan Ainil Johani Bakar masing-masing akan mempertahankan gelaran juara pada Kejohanan Golf Tan Sri Muhyiddin (TSM) yang berlangsung dari 25 hingga 27 Jun ini.

Pengarah kejohanan David Parkin berkata mereka adalah antara 90 pemain junior yang diundang menyertai kejohanan itu berasaskan prestasi yang dicapai pada beberapa pertandingan.

"Selepas dinobatkan sebagai juara bagi kategori lelaki dan wanita pada Kejohanan Golf Amatur Malaysia di Danau Golf and Country Club, Bangi, Mei lepas, kedua-dua pemain itu berazam untuk menjuarai kejohanan TSM, yang akan diadakan seperti jelajah profesional pada tahun ini," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata kedua-dua pemain itu dijangka menerima saingan hebat daripada pemain sedang meningkat naik, yang menjalani latihan berjam-jam sehari bagi menggilap kecekapan amsing-masing.

Antara pemain yang dijangka memberi cabaran sengit dalam kategori lelaki ialah Mohamad Iszaini Ismail, Mohd Hisyam Abdul Majid, Abel Tam, Chan Tuck Soon, Kenneth De Silva, Jeremiah Kim, Low Khai Loon dan Mohamad Aris Arie Irawan.

Bagi kategori wanita pula, Kelly Tan Guat Che, Vivien Chin Ven Yi dan Nur Durriyah Daiman dijangka memberi tentangan sengit kepada Ainil.

Kejohanan TSM diadakan bagi mencungkil bakat dan memupuk kemahiran pemain berusia bawah 21 tahun.

Melalui kejohanan yang diilhamkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ini, Persatuan Golf Malaysia (MGA) akan menyediakan pakej bantuan kewangan kepada pemenang bagi meningkatkan pencapaian mereka dalam sukan berkenaan.

- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan