Fatin Atikah Sandaran Angkat Berat Ke Sukan Olimpik Remaja

Diterbitkan: Jumaat, 11 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet angkat berat negara Fatin Atikah Osman menjadi satu-satunya sandaran Malaysia untuk memburu pingat pada Temasya Olimpik Remaja 2010 di Singapura pada Ogos depan.

Jurulatihnya Mohd Faiz Musa berkata Fatin Atikah, 17, dipilih setelah berjaya melepasi Kejohanan Ujian Kelayakan Olimpik Remaja di Tashkent, Uzbekistan pada April yang lepas.

"Ketika beraksi di Uzbekistan, Fatin Atikah memperoleh pingat gangsa dalam acara 58kg dan saya percaya beliau mampu membuat angkatan terbaik di Singapura nanti," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Faiz berkata penglibatan Fatin Atikah ke Temasya Olimpik Remaja adalah penyertaan pertama beliau ke peringkat tinggi dan ini merupakan pendedahan yang amat berguna kepadanya.

Beliau berkata anak didiknya sebelum ini hanya terlibat dengan kejohanan tempatan sahaja.

"Walaupun tidak meletakkan sebarang sasaran kepada Fatin, saya tetap menaruh harapan beliau mampu pamer aksi cemerlang di Singapura nanti," katanya.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan