Sukma Pentas Terbaik Atlet Pelapis Cari Tapak Wakili Negara

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Bandaraya Bersejarah Melaka, destinasi pelancongan terkemuka negara, kini mula bertukar wajah sebagai medan pertarungan bagi atlet-atlet muda sepanjang berlangsungnya edisi ke-13 Sukan Malaysia (Sukma) di sini.

Walaupun Sukma ke-13 akan bermula secara rasminya Sabtu ini, para atlet telah memulakan kempen masing-masing sejak Isnin lepas.

Medan pertarungan Sukma menjadi pentas terbaik bagi atlet pelapis mencari peluang bergelar atlet kebangsaan dan mampu menaikkan nama negara suatu masa nanti.

Kehadiran sejumlah lebih 6,000 atlet dari semua negeri di Malaysia termasuk kontinjen jemputan Brunei pastinya memberi lebih ruang kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) khususnya Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mencari bakat baru sukan negara.

Cawangan Pelapis MSN menghantar 50 orang pegawai dan jurulatihnya ke Melaka sepanjang Sukma kali ini untuk mencari bakat-bakat baru yang boleh diserapkan sebagai atlet pelapis.

Sementara itu, temasya dwitahunan kali ini juga melibatkan lebih 1,500 atlet daripada Cawangan Pelapis MSN yang akan mewakili negeri masing-masing.

Selaku tuan rumah, Melaka menawarkan sebanyak 382 pingat emas daripada 33 jenis sukan yang dipertandingkan.

Tumpuan pada Sukma kali ini adalah kepada kontinjen Selangor yang berharap dapat mengulangi kecemerlangannya selaku juara keseluruhan sebanyak tujuh kali pada 1988, 1996, 1998, 2000, 2002, 2004 dan 2006.

Selangor dalam misi untuk muncul semula sebagai juara bertahan selepas hanya berpuas hati sebagai naib juara pada temasya Sukma ke-12 di Terengganu dua tahun lepas, telah memulakan kempen mereka dengan meraih pingat emas pertama Sukma Melaka melalui acara gimnastik berpasukan lelaki semalam.

Selain Selangor, turut menjadi tumpuan pada temasya kali ini ialah kontinjen Sarawak yang pernah muncul sebagai juara temasya pada 1990, 1992 dan 1994.

Bagaimanapun, hasrat dan kesunggguhan atlet-atlet kontinjen tuan rumah untuk muncul selaku juara keseluruhan pada edisi kali ini tidak harus dipandang remeh.

Tuan rumah Melaka sudah meletakkan sasaran 60 pingat emas sekali gus untuk muncul sebagai juara keseluruhan dan penganjur temasya Sukma terbaik.

Kerajaan negeri telah menjanjikan imbuhan wang tunai kepada para atlet yang memenangi pingat iaitu emas (RM3,000), perak (RM2,000) dan gangsa (RM1,000) pada temasya kali ini.

Sementara itu kontinjen Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) menghantar kontinjen terbesar seramai 586 orang atlet serta 114 pengurus dan jurulatih.

Melihat kepada peningkatan jumlah atlet yang bertanding, temasya Sukma masih merupakan pusat sehenti terbaik bagi mencari bakal atlet negara yang berpotensi.

Sudah pasti akan ada bakat-bakat baru yang bakal menyerlah dan mungkin di akhir temasya ini pada 19 Jun nanti, nama-nama atlet muda yang tidak pernah beraksi di peringkat nasional akan mampu membawa kejutan dan mampu mencipta rekod baru temasya mahupun rekod kebangsaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan