Melaka, Negeri Sembilan Kuasai Hari Pembukaan Wushu - Sukan Ekstra | mStar

Melaka, Negeri Sembilan Kuasai Hari Pembukaan Wushu

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Melaka dan Negeri Sembilan menguasai pungutan pingat pada hari pembukaan sukan wushu Sukan Malaysia ke-13 (Sukma) yang diadakan di Kompleks Sukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) di sini semalam. Daripada enam pingat emas yang dipertandingkan semalam, Melaka berjaya meraih tiga pingat melalui acara Nanquan lelaki, Changquan wanita dan Taijiquan wanita.

Tuan rumah turut memperoleh perak dalam acara Taijiquan lelaki dan gangsa menerusi Changquan lelaki.

Negeri Sembilan pula cemerlang dengan pungutan 1 emas, 1 perak bagi acara Nanquan wanita dan 1 gangsa bagi acara Taijiquan lelaki.

Kedah turut memulakan kiraan pingat hari ini apabila memperoleh satu emas menerusi acara Changquan lelaki yang dimenangi Ng Say Yoke dengan 9.70 mata.

Sementara itu, atlet nasional Loh Jack Chan yang mewakili Sarawak dalam acara Tajiquan lelaki menunjukkan aksi cemerlang apabila mendapat 9.75 mata, sekaligus menyumbangkan satu emas untuk negerinya. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan