Lima Pingat Emas Bakar Semangat Tuan Rumah

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kontinjen tuan rumah, Melaka memulakan kempen dengan bergaya apabila berjaya meraih lima pingat emas semalam.

Melaka memulakan kempen bergaya dengan meraih tiga daripada enam pingat emas yang ditawarkan dalam acara wushu.

Pingat emas Melaka itu diperolehi melalui Ho Mun Hua (Nanquan lelaki), Chai Fong Wei (Changquan wanita) dan Ng Shin Yii (Taijiquan wanita) dalam acara wushu.

Tuan rumah turut memperoleh perak dalam acara Taijiquan lelaki dan gangsa menerusi Changquan lelaki.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam selepas menyampaikan pingat untuk acara wushu berkata kejayaan tersebut adalah sebagai langkah permulaan yang positif untuk Melaka meneruskan usaha bagi menambah bilangan pingat apabila lebih banyak acara berlangsung hari ini.

"Kehadiran dua pingat emas awal itu diharap dapat menyuntik semangat kepada atlet-atlet Melaka yang lain yang akan memikul tanggungjawab menyertai kesemua 33 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya tahun ini," katanya.

Selain wushu, turut menyumbang pingat emas untuk negeri Bandaraya Bersejarah ini ialah ialah gimnas cilik mereka -- Goh Mae Jenn, Loh Hui Xin, Nur Azian Irdahani Abdullah, Tan Ing Yueh dan Tracie Ang -- dalam acara gimnastik artistik berpasukan wanita.

Pingat emas terakhir Melaka semalam diperolehi menerusi acara pencak silat (Tempur Ganda lelaki) Mohammad Hafifi Abdul Hamid dan Mohd Nazir Abu Bakar selepas memperolehi 565 mata.

Pingat perak menjadi milik gandingan Muhamad Firdaus Sabarudin dan Mohd Shahrul Nizam Ahmad Sabri dari Pahang yang mendapat 555 mata, manakala pingat gangsa menjadi milik pesilat Sarawak, Gadaffi Bahri Hamdan dan Hazwan Bojeng yang mengumpul 540 mata.

Sementara itu dalam acara bola sepak, Kedah memperolehi kemenangan pertama mereka untuk menguasai Kumpulan A selepas menewaskan Perlis 1-0, manakala Pahang meneruskan penguasaan dalam Kumpulan B selepas menewaskan Johor 3-2.

Dalam lain-lain perlawanan, Kelantan menewaskan Pulau Pinang 1-0 dalam Kumpulan C dan Selangor menewaskan Sarawak 2-0 dalam Kumpulan D, sementara Wilayah Persekutuan dan Perak, seri tanpa jaringan.

Pasukan tuan rumah, Melaka tewas kepada Sabah 0-1 dalam perlawanan kedua mereka dalam Kumpulan D yang berlangsung di Stadium Hang Tuah, malam tadi.

Melaka akan bertemu Selangor esok untuk melengkapkan jadual liga mereka.

Hari ini, sebanyak 13 pingat emas lagi ditawarkan melalui acara gimnastik artistik (dua), pencak silat (empat) dan wushu (tujuh).

BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan