Lebih 1,200 Dijangka Ambil Bahagian Siri Duathlon Universiti Malakoff

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Edisi ke empat siri duathlon Universiti Malakoff (MUDS) yang diadakan di tiga universiti antara 24 Julai dan 7 Ogos ini menarik penyertaan lebih 1,200 peserta. Pengarah perlumbaan Melody Tan berkata, angka itu menampakkan peningkatan yang amat ketara berbanding 231 peserta pada tahun 2003 dan 881 peserta dalam acara tahun lepas, yang menunjukkan bahawa acara itu kini amat popular di kalangan atlet tempatan.

Beliau berkata, bagi acara MUDS tahun ini, Malakoff sebagai penganjur menyenaraikan tiga siri duathlon, dengan yang pertama di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 24 Julai, diikuti dengan University Malaya (UM) pada 31 Julai dan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 7 Ogos.

"Setiap siri menampilkan aturcara berbeza, di mana UPNM menganjurkan acara larian 3.9km, 13.8 km berbasikal dan larian 3.9km, manakala UM menampilkan larian 3.5km, 11.4 km berbasikal dan larian 3.5km, dan UPM larian 3km, 13km berbasikal dan larian 3 km," katanya dalam satu sidang akhbar di sini semalam. Katanya acara, itu terbuka untuk orang ramai dan pelajar universiti.

Tan berkata, MUDS mengandungi empat kategori - kategori University (Lelaki dan Wanita), kategori Terbuka (Lelaki dan Wanita), kategori berpasukan berganti-ganti (campuran dan lelaki) serta kategori Media (Lelaki dan Wanita).

Beliau berkata, pemenang setiap kategori akan menerima trofi, manakala universiti yang mendapat jumlah peserta tertinggi akan mendapat hadiah tunai RM3,000.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut boleh lawati laman web www.duathlonseries.com.my. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan