Melaka, Negeri Sembilan Kuasai Hari Pembukaan Wushu

Diterbitkan: Rabu, 9 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Melaka dan Negeri Sembilan menguasai pungutan pingat pada hari pembukaan sukan wushu Sukan Malaysia ke-13 (Sukma) yang diadakan di Kompleks Sukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) di sini hari ini. Daripada enam pingat emas yang dipertandingkan hari ini, Melaka berjaya meraih tiga pingat melalui acara Nanquan lelaki, Changquan wanita dan Taijiquan wanita.

Tuan rumah turut memperoleh perak dalam acara Taijiquan lelaki dan gangsa menerusi Changquan lelaki.

Negeri Sembilan pula cemerlang dengan pungutan 1 emas, 1 perak bagi acara Nanquan wanita dan 1 gangsa bagi acara Taijiquan lelaki.

Kedah turut memulakan kiraan pingat hari ini apabila memperoleh satu emas menerusi acara Changquan lelaki yang dimenangi Ng Say Yoke dengan 9.70 mata.

Sementara itu, atlet nasional Loh Jack Chan yang mewakili Sarawak dalam acara Tajiquan lelaki menunjukkan aksi cemerlang apabila mendapat 9.75 mata, sekaligus menyumbangkan satu emas untuk negerinya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan