Lebih 1,200 Dijangka Ambil Bahagian Siri Duathlon Universiti Malakoff

Diterbitkan: Rabu, 9 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Edisi ke empat siri duathlon Universiti Malakoff (MUDS) yang diadakan di tiga universiti antara 24 Julai dan 7 Ogos ini menarik penyertaan lebih 1,200 peserta. Pengarah perlumbaan Melody Tan berkata, angka itu menampakkan peningkatan yang amat ketara berbanding 231 peserta pada tahun 2003 dan 881 peserta dalam acara tahun lepas, yang menunjukkan bahawa acara itu kini amat popular di kalangan atlet tempatan.

Beliau berkata, bagi acara MUDS tahun ini, Malakoff sebagai penganjur menyenaraikan tiga siri duathlon, dengan yang pertama di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 24 Julai, diikuti dengan University Malaya (UM) pada 31 Julai dan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 7 Ogos.

"Setiap siri menampilkan aturcara berbeza, di mana UPNM menganjurkan acara larian 3.9km, 13.8 km berbasikal dan larian 3.9km, manakala UM menampilkan larian 3.5km, 11.4 km berbasikal dan larian 3.5km, dan UPM larian 3km, 13km berbasikal dan larian 3 km," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. Katanya acara, itu terbuka untuk orang ramai dan pelajar universiti.

Tan berkata, MUDS mengandungi empat kategori - kategori University (Lelaki dan Wanita), kategori Terbuka (Lelaki dan Wanita), kategori berpasukan berganti-ganti (campuran dan lelaki) serta kategori Media (Lelaki dan Wanita).

Beliau berkata, pemenang setiap kategori akan menerima trofi, manakala universiti yang mendapat jumlah peserta tertinggi akan mendapat hadiah tunai RM3,000.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut boleh lawati laman web www.duathlonseries.com.my. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan