Sampel Ujian Doping Mungkin Dihantar Ke Thailand Atau India

Diterbitkan: Selasa, 8 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Institut Sukan Negara (ISN) akan menghantar sampel ujian doping yang diambil secara rambang di kalangan atlet Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka ke makmal di Thailand atau India.

ISN terpaksa berbuat demikian berikutan akreditasi Pusat Kawalan Doping (PKD) Universiti Sains Malaysia (USM) digantung oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) minggu lepas.

Ketua Pengarah ISN Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata pihaknya akan menghantar sampel ujian ke makmal yang diiktiraf oleh WADA di negara berkenaan.

"Ujian doping tertumpu kepada dua kategoti iaitu atlet dari sukan berisiko tinggi dan mereka yang mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah dalam sukan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pusat Satelit ISN Melaka oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek di Stadium Hang Jebat di sini, semalam.

Akreditasi PKD USM itu ditarik balik oleh WADA pada Rabu lepas kerana didakwa gagal mematuhi amalan Makmal Standard Antarabangsa (ISL) serta berkaitan Dokumen Teknikal, kali kedua makmal itu dikenakan tindakan.

Dr Ramlan berkata ISN memandang serius pengambilan dadah terlarang di kalangan atlet dan usaha membanterasnya terus giat dilaksanakan.

"Kebiasaannya kita ambil 10 peratus daripada jumlah keseluruhan atlet untuk ujian doping, misalnya kalau 6,000 atlet, kita akan ambil 600 atlet untuk ujian," katanya.

Temasya Sukma ke-13 akan berlangsung di Melaka bermula Khamis ini hingga 19 Jun dengan mempertandingkan 33 acara sukan.

- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan