MAVA Tidak Letak Harapan Tinggi Di Sukan Asia

Diterbitkan: Selasa, 8 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad bola tampar pantai kebangsaan sekadar menyasarkan untuk mara ke peringkat suku akhir Sukan Asia di Guangzhou, China, dari 13 hingga 21 November ini.

Jurulatih kebangsaan Shamsaimon Mohd Sharif berkata Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) bercadang menghantar dua pasukan lelaki dan dua pasukan perempuan.

"Ini hanyalah sekadar memberi pendedahan kepada pemain untuk mempertingkatkan kemahiran permainan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Shamsaimon berkata senarai nama pemain akan diketahui selepas selesai Sukan Malaysia di Melaka yang bermula Khamis ini.

Beliau berkata China, Jepun dan Kazakhstan adalah antara negara yang kuat dalam sukan bola tampar pantai dan dijangka menguasai Sukan Asia nanti.

"Para pemain dari tiga negara ini terlalu tinggi kemahirannya untuk ditandingi," kata Shamsaimon. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan