Sampel Ujian Doping Mungkin Dihantar Ke Thailand Atau India - Dr Ramlan

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Institut Sukan Negara (ISN) akan menghantar sampel ujian doping yang diambil secara rambang di kalangan atlet Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka ke makmal di Thailand atau India.

ISN terpaksa berbuat demikian berikutan akreditasi Pusat Kawalan Doping (PKD) Universiti Sains Malaysia (USM) digantung oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) minggu lepas.

Ketua Pengarah ISN Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata pihaknya akan menghantar sampel ujian ke makmal yang diiktiraf oleh WADA di negara berkenaan.

"Ujian doping tertumpu kepada dua kategoti iaitu atlet dari sukan berisiko tinggi dan mereka yang mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah dalam sukan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pusat Satelit ISN Melaka oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek di Stadium Hang Jebat di sini, hari ini.

Akreditasi PKD USM itu ditarik balik oleh WADA pada Rabu lepas kerana didakwa gagal mematuhi amalan Makmal Standard Antarabangsa (ISL) serta berkaitan Dokumen Teknikal, kali kedua makmal itu dikenakan tindakan.

Dr Ramlan berkata ISN memandang serius pengambilan dadah terlarang di kalangan atlet dan usaha membanterasnya terus giat dilaksanakan.

"Kebiasaannya kita ambil 10 peratus daripada jumlah keseluruhan atlet untuk ujian doping, misalnya kalau 6,000 atlet, kita akan ambil 600 atlet untuk ujian," katanya.

Temasya Sukma ke-13 akan berlangsung di Melaka bermula Khamis ini hingga 19 Jun dengan mempertandingkan 33 acara sukan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan