Kejohanan Golf Selangor Masters Tawar Hadiah RM 1.2 Juta - Sukan Ekstra | mStar

Kejohanan Golf Selangor Masters Tawar Hadiah RM 1.2 Juta

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hadiah kejohanan golf Selangor Masters yang dijadualkan di Kelab Golf Sri Selangor dari 4 hingga 7 Ogos bertambah daripada RM1 juta pada edisi sebelumnya, kepada RM1.2 juta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud berkata hadiah bagi kejohanan edisi keempat itu dinaikkan selepas penganjur, Worldwide Holdings Bhd (WHB), menambah sumbangan sempena sambutan ulang tahun ke-20 syarikat itu.

"Diharapkan edisi kali ini mampu menarik lebih banyak penyertaan dari dalam dan luar negara," katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian di antara kerajaan Selangor dan WHB di sini hari ini.

Beliau berkata WHB merupakan anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan penaja utama kejohanan empat tahun berturut-turut.

Ramli berkata kejayaan penganjuran kejohanan itu dilihat semakin memberangsangkan apabila ia mula disenaraikan ke dalam kalendar Jelajah Asia pada tahun 2008.

"Penganjuran kejohanan golf ini banyak memberi sumbangan kepada pembangunan sukan pelancongan di negeri Selangor dan saya harap ia akan terus dianjurkan selepas ini," katanya.

Beliau berkata nama pemain-pemain yang akan beraksi di kejohanan itu akan diketahui tiga minggu sebelum kejohanan bermula.

Ramli berkata pemain muda yang cemerlang pada Kejohanan Golf Etiqa Remaja Antarabangsa dari 29 Jun hingga 1 Ogos di venue yang sama akan diberi peluang untuk beraksi.

"Kami akan pilih empat pemain muda yang berjaya menduduki tempat teratas untuk menyertai kejohanan ini," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan