Dua Doktor Iringi Kontinjen Sabah Ke Sukma 2010

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kontinjen Sabah ke Sukan Malaysia (Sukma) 2010 akan diiringi dua doktor perubatan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan masalah kesihatan atlet dan pegawai sepanjang berada di negeri tuan rumah.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Jahid Jahim berkata langkah itu diambil berikutan Melaka, tempat berlangsungnya Sukma 2010 dari 10 hingga 19 Jun ini, diumumkan sebagai antara negeri yang mempunyai kluster penyakit serupa influenza (ILI).

"Bagaimanapun, saya telah menasihati atlet dan pegawai supaya mematuhi langkah-langkah penjagaan kesihatan dan larangan apabila berada di Melaka nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis angkat sumpah pelajar baru Pusat Wilayah Sabah Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) di sini hari ini.

Jahid, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sukma Negeri berkata 406 atlet dan pegawai dari Sabah akan menyertai temasya 10 hari itu.

Beliau berharap atlet muda negeri akan membuat persembahan terbaik dan memberi keputusan yang diharapkan setimpal dengan persiapan yang telah dibuat dengan menggunakan khidmat Institut Sukan Negara.

- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan