Kementerian Belia Mahu Sukan Tradisional Ke Persada Antarabangsa

Diterbitkan: Ahad, 6 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk mengenengahkan permainan tradisional Melayu yang berpotensi seperti wau sebagai acara sukan di persada antarabangsa.

Timbalan Menterinya Datuk Razali Ibrahim berkata langkah itu bagi memastikan permainan tersebut terus 'hidup' selain menjadi sumber pendapatan masyarakat setempat.

"Permainan layang-layang atau wau boleh dikembangkan menjadi acara sukan hingga ke peringkat antarabangsa melalui pesta sukan terutama apabila negara menjadi tuan rumah, sebagaimana yang pernah diketengahkan permainan sepak bulu ayam ketika Laos menjadi tuan rumah Sukan Sea baru-baru ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau juga yakin permainan tradisional mampu dihidupkan semula jika dipakejkan secara kreatif dan diketengahkan sebagai produk baru sukan dan pelancongan.

Perkara itu katanya, dapat dilakukan menerusi kerjasama pihaknya dengan kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Pelancongan, dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Razali sebelum itu merasmikan majlis penutup Festival Layang-Layang Parlimen Pengkalan Chepa di sini.

"Sebagaimana projek rumah inap desa atau 'home stay' yang dulunya kita anggap mustahil dapat dipraktikkan di negara kita, kini sudah mula diterima umum sebagai punca pendapatan masyarakat setempat," katanya yang berharap permainan tradisional itu juga akan diterima masyarakat antarabangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan