Larian Baton Terus Hangatkan Bahang Kemeriahan SUKMA Ke-13

Diterbitkan: Sabtu, 5 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Acara larian baton Sukan Malaysia (Sukma) peringkat ke-26 hari ini terus menghangatkan bahang temasya itu pada kalangan masyarakat setempat menjelang hari perasmiannya pada 12 Jun ini.

Larian yang merentasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor sejauh 20km itu diketuai wakil rakyatnya Datuk Ab Rahaman Ab Karim dan disertai masyarakat pelbagai bangsa.

Selesai larian Ab Rahman menyerahkan baton Sukma kepada Anggota DUN Sungai Udang Datuk Yaakub Md Amin yang akan merasmikan larian peringkat ke-27 esok.

Larian peringkat terakhir akan berlangsung pada 12 Jun menyaksikan baton dibawa merentasi DUN Paya Rumput ke Stadium Hang Jebat untuk perasmian temasya.

Larian baton itu bermula sejak Februari lepas meliputi kesemua 28 DUN di Melaka. Sukma ke-13 ini akan mempertandingkan 33 acara dan akan berlangsung dari 10 hingga 19 Jun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan