Perlis Beri Insentif Kepada Atlet Bawa Pulang Pingat

Diterbitkan: Khamis, 3 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Para atlet dan pasukan Perlis yang membawa pulang pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di Melaka dijanjikan insentif oleh kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Abdul Jamil Saad berkata atlet yang memperolehi emas akan menerima RM3,000, RM2,000 untuk perak dan RM1,000 gangsa.

Bercakap kepada pemberita pada majlis makan malam bersama pengurus pasukan dan jurulatih kontinjen Perlis di sini malam tadi, beliau berkata bagi pasukan yang membawa pulang emas pula ditawarkan insentif RM6,000, perak RM5,000 dan gangsa RM4,000.

"Perlis juga menawarkan insentif kepada jurulatih pasukan yang pasukannya membawa pulang pingat emas iaitu sebanyak RM2,000, perak RM1,000 dan gangsa RM500," katanya.

Selain itu, beliau berkata pasukan dan atlet juga akan menerima insentif segera di venue perlawanan sebaik mereka diumumkan sebagai penerima pingat.

Insentif segera bagi pemenang pingat emas ialah RM200, perak RM150 dan RM100 manakala pasukan yang memenangi emas akan menerima insentif segera RM2,000, perak RM1,500 dan gangsa RM1,000.

Manakala jurulatih bagi acara berpasukan yang memenangi emas akan menerima insentif segera RM150, perak RM100 dan gangsa RM50.

Abdul Jamil yakin Perlis tidak akan pulang tangan kosong berikutan semangat yang tinggi yang ditunjukkan 316 atlet yang akan menyertai 29 acara.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan elaun kepada para pengurus pasukan dan jurulatih. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan