MOM Yakin Myanmar Mampu Anjur Sukan SEA 2013

Diterbitkan: Khamis, 3 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia yakin Myanmar mampu menganjurkan Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) pada 2013 meskipun negara itu merupakan antara negara termiskin di rantau ini.

Setiausaha Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata memang ada pihak tertentu tidak yakin dengan keupayaan Myanmar menjadi tuan rumah pertandingan dwitahunan itu.

Bagaimanapun, menurutnya, andaian seperti itu adalah perkara biasa bagi sesebuah negara yang dipilih menganjurkan sesuatu kejohanan berskala besar.

"Semasa China terpilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2008 dulu pun ada 'cakap-cakap' yang negatif begitu, tapi ternyata ia meleset," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata jika Myanmar berjaya menganjurkan kejohanan itu dengan baik, secara tidak langsung ia akan menaikkan imej negara itu di peringkat antarabangsa.

Katanya MOM akan turut membantu Myanmar dari segi kewangan memandangkan ada permohonan daripada negara tersebut.

Selain itu, Sieh berkata Myanmar kini sedang membangunkan sebuah bandar baru dan mereka mahu mengambil peluang daripada penganjuran sukan itu untuk membina kemudahan sukan di bandar tersebut.

"Mereka (Myanmar) mengambil peluang daripada penganjuran Sukan SEA untuk mempercepatkan pembinaan kemudahan-kemudahan sukan," katanya.

Myanmar diberi hak penganjuran Sukan SEA edisi ke-27 dalam mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan Asia Tenggara lalu di Jakarta, Indonesia.

Kali terakhir Myanmar, atau ketika itu dikenali sebagai Burma, menganjurkan sukan tersebut ialah pada 1969.

Myanmar mencadangkan 27 acara untuk dipertandingkan dalam temasya edisi 2013.

Jakarta akan menjadi tuan tumah Sukan SEA ke-26 pada November tahun depan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan