Negeri Sembilan Sasar Lima Tempat Teratas

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Negeri Sembilan meletakkan sasaran lima tempat teratas pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di Melaka dari 10 hingga 19 Jun ini.

Ketua Kontinjen Fouzee Abdul Aziz berkata sasaran itu berdasarkan persiapan rapi setiap pasukan dalam kontinjen negeri itu yang dijalankan sejak November 2009.

"Kontinjen Negeri Sembilan lebih bersiap sedia pada Sukma kali ini berbanding sebelumnya dan kita yakin mencapai sasaran itu kerana hampir keseluruhan pasukan mampu menyumbang pingat emas," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Fouzee, yang juga Pengarah Majlis Sukan Negeri, berkata atlet Negeri Sembilan juga mendapat pendedahan yang mencukupi menerusi program pembangunan yang serius.

"Acara tumpuan yang kita yakin mampu meraih pingat emas ialah angkat berat, menembak, memanah, petanque dan skuasy. Jika dulu acara ini kita kurang beri perhatian tetapi pada kali ini acara ini adalah tumpuan kita," katanya.

Fouzee berkata kontinjen Negeri Sembilan yang mengandungi 438 atlet serta 111 pengurus dan jurulatih akan menyertai 31 acara pada temasya sukan dwi tahunan itu. Katanya Negeri Sembilan bagaimanapun tidak menyertai acara ekuestrian dan kanu pada Sukma kali ini.

Negeri Sembilan menduduki tempat ke-12 dengan memungut 11 emas, 21 perak dan 35 gangsa pada Sukma ke-12 di Terengganu pada 2008.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan