Mohd Shahrul Ungguli Peringkat Pertama JM2010

Diterbitkan: Selasa, 27 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Pelumba negara, Mohd Shahrul Mat Amin memberi keceriaan kepada skuad negara apabila menungguli peringkat pembukaan perlumbaan Jelajah Malaysia 2010 (JM2010) sejauh 192.4 kilometer di sini hari ini.

Pada saingan dari Kuala Selangor ke Teluk Batik itu, Mohd Shahrul, yang mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM), berjaya mencatat masa empat jam 19 minit dan 37 saat.

Selain berjaya memintas seorang lagi pelumba kebangsaan Ahmad Fallanie Ali ketika melintasi garisan penamat, Mohd Shahrul turut memenangi jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan setakat ini, jersi putih (pelumba terbaik Asean) dan jersi biru (pelumba terbaik Malaysia).

"Saya memang tidak sangka saya dapat meraih peringkat pertama hari ini. Ini adalah kejayaan pertama dalam mana-mana perlumbaan berbasikal.

"Kejayaan ini bukanlah kejayaan saya seorang tetapi ia adalah kerjasama rakan sepasukan. Saya ingin menghadiahkan kejayaan saya ini sempena sambutan Hari Tentera Laut yang ke-76," kata pelumba berusia 19 tahun yang kini berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menyentuh mengenai strategi perlumbaan pada peringkat seterusnya, berikutnya, Mohd Shahrul berkata demi menaikkan nama Malaysia, kerjasama semua pelumba negara adalah diperlukan.

"Kalau boleh saya mahu mempertahankan jersi ini sehingga tamat. Kerjasama semua perlu untuk kekalkan jersi di kalangan pelumba Malaysia," katanya.

Katanya, walaupun tidak banyak pendakian dalam perlumbaan kali ini, ia tetap mencabar kerana jarak kayuhan yang jauh.

Sementara itu, Ahmad Fallanie pula tidak menduga beliau mampu meraih jersi hijau selepas peringkat pertama hari ini selaku pendahulu kategori pecut.

"Saya tidak sangka menjadi pendahulu dalam acara pecutan, pada hal ia bukanlah kepakaran saya dalam perlumbaan jelajah seperti ini," katanya.

Peringkat pertama perlumbaan menyaksikan hanya 104 daripada 112 pelumba menamatkan saingan manakala lapan pelumba termasuk pelumba kebangsaan, Muhd Syamil Amran gagal menamatkan saingan mereka.

Esok, pelumba akan melakukan kayuhan kedua terpanjang dalam siri Jelajah Malaysia kali ini iaitu dari Teluk Batik ke Taiping sejauh 205.2km. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan