Kekurangan Bilik Hotel Merungsingkan Tuan Rumah Sukma

Diterbitkan: Isnin, 26 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Melaka, tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma), gusar dengan kekurangan bilik hotel apabila edisi ke-13 sukan dwitahunan itu berlangsung di bandaraya itu.

Dijangka setengah juta pelawat akan membanjiri bandaraya itu sepanjang 10 hari temasya itu berlangsung dari 10 hingga 19 Jun, angka yang penganjur percaya agar sukar untuk ditampung.

"Kami menjangkakan tempahan penuh di kebanyakan hotel-hotel utama di bandaraya ini semasa temasya itu dan saya dimaklumkan banyak daripada mereka (pelawat) akan menginap di kawasan berdekatan iaitu Muar, Port Dickson dan juga Tangkak.

"Hotel di Melaka, besar atau kecil, pasti akan penuh pada waktu itu. Namun berita baiknya ialah dua buah hotel baru akan mula beroperasi semasa temasya itu," kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada pemberita selepas mengunjungi Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di sini hari ini.

Mohd Ali, yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur sukan itu, turut menjemput kesemua 15 negeri termasuk Brunei yang mengambil bahagian dalam Sukma, menjalani latihan di Melaka bagi mencuba venue yang akan digunakan pada temasya itu.

Sebanyak 9,000 atlet dan 2,000 pegawai dijangkakan pada Sukma yang akan mempertandingkan 33 sukan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan