ISN Tempatkan Saintis Sukan Di Melbourne

Diterbitkan: Isnin, 26 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 12 pelumba basikal trek negara yang berpengkalan di Melbourne, Australia akan mendapat khidmat sains sukan sepenuh masa melalui penempatan Pasukan Sokongan Prestasi Tinggi, di sana bermula Mei ini.

Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata, pasukan tersebut diketuai oleh seorang pakar bio-mekanik, Mick Flyjer bersama penganalisa sukan, pakar pemakanan, tukang urut dan pakar saikologi.

"Sebelum ini, ISN ada menghantar saintis sukan ke Melbourne, bukan secara tetap tetapi mengikut keperluan terutama ketika pasukan itu menyertai kejohanan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Dr Ramlan berkata, penempatan pasukan tersebut bukan sahaja memberi kelebihan kepada pasukan trek negara kerana Majlis Sukan Negara (MSN) juga akan menghantar pasukan basikal lebuh raya ke Melbourne, tidak lama lagi.

Beliau berkata, khidmat sokongan sains sukan khusus diberikan kepada pasukan berbasikal negara kerana acara tersebut di antara sandaran utama Malaysia untuk meraih pingat emas pertama pada Sukan Olimpik di London pada 2012.

Pelumba trek negara yang kini berada di Melbourne ialah Mohd Azizulhasni Awang, Josiah Ng, Mohd Rizal Tisin, Muhammad Edrus Md Yunos, Junaidi Mohamad Nasir, Mohamad Hafiz Mohamed Sufian, Muhammad Syamil Bahrum, Mohd Harrif Saleh, Amir Mustafa Rusli, Mohammad Akmal Amrun, Muhammad Adiq Husainie Othman dan Fatehah Mustapa.

Dalam perkembangan lain, Dr Ramlan berkata selepas memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan University of Bath di England, Malaysia dijangka mengadakan MOU rasmi dengan University of Leipzig di Jerman bagi membolehkan atlet olahraga negara terus berlatih di universiti itu.

Beliau berkata, kerjasama di antara Universiti of Leipzig dengan Malaysia telah lama terjalin namun Malaysia kini mahu menjadikan hubungan tersebut menjadi rasmi melalui MoU.

Beberapa atlet olahraga negara seperti jaguh lompat berpagar, Noraseela Khalid, jaguh lompat bergalah, Roslinda Samsu dan jaguh lompat tinggi, Lee Hup Wei, pernah berlatih di universiti tersebut.

Malaysia pada Mac lepas memeterai perjanjian dengan University of Bath, yang mempunyai kemudahan dan kepakaran sains sukan bertaraf dunia, sebagai Pusat Latihan Prestasi Tinggi di Eropah.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan