Pemain Terkemuka India Tidak Sertai Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah

Diterbitkan: Ahad, 25 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Juara bertahan, India, akan menghantar pasukan tanpa bintang yang beraksi pada kejohanan hoki Piala Dunia baru-baru ini, ke kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh bulan depan.

Pemain terkemuka India penjaga gol Adrian D'Souza, pemain tengah Vikram Pillay dan pakar pukulan penalti Sandeep Singh digugurkan daripada pasukan itu yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan dari 6-16 Mei ini.

"Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh jawatankuasa pemilihan dan jurulatih bagi memberi peluang kepada beberapa pemain baru yang semakin meningkat untuk menyertai kejohanan itu," kata Hoki India dalam satu kenyataan.

Jawatankuasa kebangsaan turut menggugurkan dua lagi pemain senior, Deepak Thakur dan Prabhjot Singh, daripada pasukan 18 anggota itu, yang akan diketuai oleh Rajpal Singh selaku kapten.

India memenangi kejohanan itu empat kali 1985, 1991, 1995 dan kali terakhir ialah pada 2009.

India mencatatkan persembahan buruk dalam kejohanan Piala Dunia yang berlangsung di Delhi bulan lepas, dengan berkesudahan di tempat kelapan.

Sejak itu, pasukan di bawah jurulatih dari Sepanyol, Jose Brasa, berusaha menggilap semula persembahan mereka bagi menghadapi Sukan Komanwel di Delhi pada Oktober ini.

Hoki India, yang dipertanggungjawab terhadap segala urusan berkaitan hoki di negara ini, mengetengahkan pemain baru sebagai percubaan dalam persediaan India, pemenang pingat emas Olimpik lapan kali, untuk menghadapi kejohanan berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan