Kejohanan Paintball M'sia Tarik Minat Pasukan Asing

Diterbitkan: Ahad, 18 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kejohanan Sirkit Rasmi Paintball Malaysia (MPOC) kali ini turut disertai pasukan dari Australia dan Iran. - Foto THE STAR Oleh RAJA FAISAL HISHAN
Kejohanan Sirkit Rasmi Paintball Malaysia (MPOC) kali ini turut disertai pasukan dari Australia dan Iran. - Foto THE STAR Oleh RAJA FAISAL HISHAN

KUALA LUMPUR: Berlainan seperti tahun-tahun sebelumnya, penganjur kejohanan Sirkit Rasmi Paintball Malaysia (MPOC), Kelab Sukan Xtion Paintball menjemput beberapa pasukan dari Australia dan peserta jemputan dari Iran, Indonesia, Hungary, Jerman dan United Kingdom untuk memeriahkan kejohanan pada kali ini.

Menurut Ketua Media dan Promosi Kelab Sukan Xtion Paintball, Amber Wong, beberapa pasukan dari Singapura sering kali mengambil bahagian dalam kejohanan liga kebangsaan itu yang diadakan pada setiap tahun.

Kali ini, Perth City Trauma merupakan pasukan antarabangsa pertama dari Australia yang berentap dalam sirkit tempatan itu manakala Zoo, Dark Militia, Red Sevens, Black Aces dan Wildlife dari Singapura.

"Kita ada menjemput dua peserta Iran manakala setiap seorang dari Indonesia, Hungary, Jerman dan United Kingdom untuk menyertai mana-mana pasukan dalam kejohanan pusingan kedua yang diadakan, semalam dan hari ini," katanya.

Amber berkata, kejohanan itu sebenarnya menjadi batu loncatan buat 50 pasukan paintball negara bertarung dalam lima pusingan liga MPOC sebelum Kejohanan Piala Dunia Asia membuka tirainya pada penghujung tahun ini.

Sejajar dengan sasaran penganjur untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai peserta wanita dan mahu melenyapkan diskriminasi dalam sukan, kejohanan itu dibuka kepada orang awam terutamanya kategori D4 untuk peserta yang baru mahu berjinak dalam sukan ini.

Tambah Amber lagi, paintball yang pada ketika ini lebih dikenali sebagai sukan reaksi, sedang menuju ke arah sukan teras utama.

Kejohanan selama dua hari itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM32,000 untuk semua kategori yang dipertandingkan.

Sementara itu, pusingan ketiga kejohanan yang akan diadakan pada 12 dan 13 Jun ini di Kedah bersempena dengan sambutan Hari Penyayang turut menarik lebih ramai penyertaan dari Filipina dan Thailand.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan