Larian Baton Sukma Ke-13 Di Rim

Diterbitkan: Sabtu, 17 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Larian baton Sukan Malaysia (SUKMA) ke-13 untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim bermula di sempadan Melaka-Johor di sini, hari ini.

Larian baton sejauh 23 kilometer peringkat ke-12 itu, dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Yazed Khamis bermula di Balairaya Chohong di sempadan Melaka-Johor dan berakhir di Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghafar Baba.

Peringkat pertama larian baton itu bermula di DUN Kuala Linggi pada 28 Februari lepas dan ia akan menjelajah ke kesemua 28 DUN sebelum berakhir di DUN Paya Rumput pada 12 Jun depan iaitu hari perasmian temasya sukan berkenaan di Stadium Hang Jebat.

Larian baton itu diadakan bagi menyemarakkan semangat temasya SUKMA yang akan diadakan di Melaka bermula 10 hingga 19 Jun yang mempertandingkan 33 acara sukan.

Bercakap kepada pemberita, Yazed berkata rakyat negeri Melaka perlu sama-sama meraikan SUKMA kerana Melaka hanya akan memperolehi kembali hak penganjuran selepas 26 tahun.

Lebih 200 peserta menyertai larian itu yang turut diiringi 15 unit motosikal scrambler dari kelab Scrambler On The Road Club (SORC).

Presiden SORC Sharul Hafizal Abd Jalil, 28, berkata ini adalah satu sumbangan yang dapat diberikan oleh ahli-ahli SORC sebagai rakyat Melaka bagi menjayakan SUKMA kali ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan