Nur Amirah Raih Naib Johan Laser Dunia

Diterbitkan: Khamis, 8 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pelayar negara Nur Amirah Hamid, meraih naib johan dari 40 pelayar bagi acara Laser 4.7 bawah 18 tahun wanita pada Kejohanan Remaja Dunia 2010 di Pattaya, Thailand yang berakhir hari ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah berkata, Nur Amirah hanya tercicir satu mata dari pemenang kelas itu, Elks Caitlin dari Australia dengan 36 mata manakala Nur Amirah 37 mata selepas menamatkan 12 perlumbaan.

Semalam, pelayar pelapis negara berusia 17 tahun itu membuat persembahan cemerlang apabila menjadi pendahulu, kata Mohd Afendy dalam e-mel kepada Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini, Nur Amirah turut memenangi pingat perak pada Kejohanan Laser Asia Pasifik di Pattaya, bulan lepas.

Seorang lagi pelayar Mohamad Noorhafizan Yusaran menduduki tangga ke-30 dari 45 pelayar bawah 18 tahun lelaki manakala Mohammad Fazarikman Mohd Faudzi ke-24 dari 30 pelayar bawah 16 tahun.

Mohd Afendy berkata, tiupan angin antara lapan hingga 10 knot dengan ombak besar.

Malaysia menghantar tiga pelayar pada kejohanan remaja dunia itu yang disertai 116 pelayar berusia antara 12 hingga 18 tahun daripada 26 negara.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan