Pemain Kebangsaan Bantu Hoki Wanita Terengganu Buru Emas Di Sukma

Diterbitkan: Rabu, 7 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tiga pemain hoki wanita kebangsaan akan membantu Terengganu dalam misi memburu pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka, Jun ini.

Jurulatih pasukan hoki wanita Terengganu, Mohd Shamsol Ismail berkata, tiga pemain kebangsaan itu ialah pemain tengah Adawiyah Mohamad, Norashikin Halim (bawah/tengah) dan Fatin Naimah Mohd Zaki (penyerang).

"Ini adalah kali pertama pemain-pemain itu mewakili Terengganu pada temasya Sukma selepas bergelar pemain kebangsaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Shamsol berkata, ketiga-tiga pemain itu baru sahaja mewakili pasukan negara dalam satu kejohanan di New Zealand dan sedang membuat persediaan untuk menghadapi kejohanan kelayakan Piala Dunia di Chile.

Pada Sukma Terengganu 2008, Terengganu berjaya meraih pingat perak dalam acara hoki. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan