Boling, Skuasy Dan Badminton Sandaran Utama Emas Di Guangzhou

Diterbitkan: Selasa, 6 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sukan yang menyumbang pingat emas dari Sukan Asia yang lepas di Doha terus menjadi sandaran Malaysia pada Sukan Asia edisi ke-16 yang akan berlangsung di Guangzhou, China dari 13-21 November ini.

Ketua Kontinjen Malaysia ke Guangzhou, Datuk Zolkples Embong, berkata sandaran masih lagi tertumpu kepada boling, skuasy dan badminton.

"Pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah penyertaan Sukan Asia ialah edisi di Doha dengan kutipan lapan emas. Ketika ini, kita belum menyasarkan jumlah sebenar emas dari Guangzhou tetapi mesti melebihi pencapaian di Doha," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Di Doha, tenpin boling menyumbang tiga emas, skuasy dua dan badminton, wushu dan pelayaran, masing-masing menyumbangkan satu emas.

Zolkples berkata kecemerlangan skuad berbasikal pecut yang diketuai Mohd Azizulhasni Awang juga mampu menyumbang emas di Guangzhou.

Zolkples berkata garis panduan tambahan akan dikeluarkan kepada semua pengurus pasukan ke Guangzhou bagi memastikan mereka melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Katanya Majlis Olimpik Malaysia mempunyai peraturannya sendiri berkaitan tugas pengurus tetapi sebagai ketua kontinjen, beliau juga akan mengeluarkan garis panduan sendiri.

"Dalam temasya terdahulu, sama ada Sukan Sea, Komanwel atau Asia, banyak masalah timbul sehingga atlet mereka sendiri tidak dapat beraksi dengan baik akibat diabaikan oleh pengurus mereka," katanya.

Zolkples berkata pengurus yang tidak bertanggungjawab akan menjejaskan suasana harmoni pasukannya sehingga menjejaskan prestasi atlet sekaligus sasaran emas akan tersasar. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan