IAAF Potong Geran HPTC Asia, Hanya Empat Atlet Berlatih Di Bukit Jalil

Diterbitkan: Isnin, 5 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pusat Latihan Prestasi Tinggi (HPTC) (Asia) yang berpusat di Bukit Jalil, kini hanya mampu melatih empat atlet olahraga dari Asia selepas geran tahunannya dipotong oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF).

Pengarah HPTC (Asia), Mohd Musa Noor Mohd berkata pusat itu kini kekurangan sebanyak RM70,000 atau 20 peratus daripada geran tahunan yang kebiasaannya diberikan oleh IAAF, berikutan kesan daripada masalah ekonomi global.

"IAAF sendiri kekurangan peruntukan sebanyak USD5 juta (RM18 Juta) bagi tahun ini. Berikutan itu, HPTC (Asia) di Bukit Jalil juga dipotong peruntukan tahun ini sebanyak RM70,000," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Mohd Musa berkata akibat kekurangan peruntukan itu, HPTC (Asia) hanya mampu melatih empat berbanding lapan atlet olahraga pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun jumlah atlet yang berlatih di HPTC (Asia) yang bertempat di kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil dijangka bertambah pada September depan apabila Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memberi geran kepada atlet olahraga untuk berlatih di situ, katanya.

Mohd Musa berkata empat atlet olahraga yang mendapat geran IAAF untuk berlatih di Bukit Jalil, bermula Januari lepas ialah Idris Zakaria dari Malaysia (pecut 100m dan 400m), Tran Thi Lan (Vietnam, lompat bergalah), Jasmin Akhter (Bangladesh, 400m berhalangan) dan seorang lagi dari Iraq dalam acara pecut 400m.

HPTC (Asia), katanya masih menunggu nama atlet Iraq itu dari persatuannya dan dijangka tiba di Bukit Jalil pada Jun ini.

Mohd Musa berkata kempat-empat atlet terbabit menerima geran tahunan IAAF sebanyak USD1,200 (RM4,200) sebulan bagi tujuan perbelanjaan harian, tempat tinggal dan pengangkutan.

Mohd Musa berkata ketika ini, dua jurulatih antarabangsa iaitu Jorge dari Cuba dan Marina Andreyeva (Rusia) ditempatkan di Bukit Jalil untuk melatih atlet berkenaan.

Jorge merupakan bekas ketua jurulatih pecut kebangsaan Cuba sementara Marina merupakan bekas pemegang rekod dunia bagi lompat bergalah, kata Mohd Musa. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan