Malaysia Rangkul Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Di Delhi

Diterbitkan: Ahad, 4 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Malaysia menjuarai Kejohanan Jemputan Ragbi Tujuh Sebelah selepas menewaskan Sri Lanka 38-5 pada perlawanan akhir di UNiversiti Delhi di sini semalam.

Dalam saingan kumpulan A, Malaysia memulakan kempen dengan membelasah Uzbekistan 48-0, menang tipis 14-12 ke atas Kazakhstan sebelum menjuarai kumpulan dengan menumpaskan Sri Lanka 31-24 pada perlawanan akhir kunmpulan.

"Ini merupakan pencapaian cemerlang dan kejuaraan pertama tahun ini. Kami datang ke sini dengan hasrat untuk memang dan pemain mengikut strategi perlawanan dengan baik," kata pengurus pasukan Malaysia, Dr K.H.Tan kepada Bernama di sini.

Sebelum mara ke perlawanan akhir, Malaysia menumpaskan Brunei pada suku akhir dan Kazakhstan pada separuh akhir.

Tuan rumah India menduduki tangga keempat selepas kalah kepada Kazakhstan untuk perlawanan penentuan tempat ketiga.

Mengikut peraturan pertandinga, kesemua lapan pasukan akan beraksi pada saingan suku akhir.

Kejohanan itu merupakan ujian menjelang Sukan Komanwel di sini dari 3 hingga 14 Oktober ini.

Tan berkata Sukan Komanwel merupakan cabaran kepada Malaysia berikutan penyertaan pasukan handalan seperti New Zealand, England dan Wales.

"Sasaran kami adalah untuk muncul sebagai pasukan pertama Asia. Buat masa ini, Jepun menduduki ranking nombor satu Asia dan kami tidak pernah mengatasi mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan