Singapura, Pahang, PDRM dan Terengganu ke Separuh Akhir Hoki Tun Razak

Diterbitkan: Sabtu, 3 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Singapura, Pahang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Terengganu layak ke separuh akhir Divisyen Dua Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak kali ke-48 selepas berakhirnya saingan peringkat kumpulan di Padang Hoki Majlis Sukan Pahang di sini, semalam.

Pada separuh akhir hari ini, Singapura yang mendahului Kumpulan A akan berdepan dengan Terengganu selaku naib juara Kumpulan B manakala Pahang yang menjuarai Kumpulan B pula akan berdepan dengan naib juara Kumpulan A, PDRM.

Dalam perlawanan terakhir liga Divisyen Dua itu, Pahang berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah selepas membenamkan Perlis 7-2.

Gol pasukan Pahang dijaringkan Ismail Abu pada minit ke-18, 44, 57 dan 62, Mohd Sufian Mohamad (minit ke-30 dan 68) dan Mohamad Hafizul Akmal Mohd Hatta (minit ke-63) manakala gol-gol Perlis dijaringkan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil (minit kesembilan dan ke-48).

Satu lagi perlawanan Divisyen Dua menyaksikan Terengganu turut mencatatkan kemenangan besar dengan menewaskan Brunei 7-0.

Gol-gol pasukan Terengganu berjaya diperolehi menerusi jaringan Shahrin Mohammad (minit kedua), Faizal Saari (minit keenam dan ke-59), Muhammad Firhan Ashari (minit ke-24 dan 42), Mohd Hasrul Zari (minit ke-27) dan Tuan Abdul Walid Tuan Aziz (minit ke-62).

Sementara itu dalam saingan Divisyen Satu yang berlangsung di Stadium Hoki Wisma Belia menyaksikan Perak berjaya mengekalkan rekod menang semua perlawanan selepas menewaskan pasukan di tempat kedua, Kuala Lumpur 3-2.

Perak yang turut mempertahankan kedudukan selaku pendahulu liga Divisyen Satu dengan 18 mata memperoleh gol menerusi jaringan Hairul Nizam Ab Rani (minit ke-17), Mohd Hafifi Hafiz Hanafi (minit ke-62) dan Mohammad Noor Khairul Azrain (minit ke-70) manakala gol Kuala Lumpur diperolehi menerusi jaringan Mahinder Singh (minit ke-28) dan Muhammad Amin Rahim (minit ke-65).

Walaupun mencatatkan kekalahan pertama hari ini, Kuala Lumpur kekal di tempat kedua dengan 13 mata daripada enam perlawanan.

Dua lagi keputusan perlawanan Divisyen Satu menyaksikan Angkatan Tentera Malaysia menundukkan Negeri Sembilan 3-2 manakala Melaka menewaskan Pulau Pinang 1-0.

Perlawanan akhir Divisyen Satu antara Perak dan Kuala Lumpur selaku juara dan naib juara saingan liga Divisyen Satu akan berlangsung Ahad ini manakala penentuan tempat ketiga dan keempat antara Johor dan Melaka. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan