LTDL 2010 Tawar Hadiah Keseluruhan RM710,650

Diterbitkan: Sabtu, 27 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010, tetap menampilkan ganjaran lumayan kepada para pemenang walaupun mendapat peruntukan yang terhad.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL 2010 Mohamed Salleh berkata pada edisi ke-15 tahun ini, LTdL 2010 akan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM710,650 berbanding RM520,550 pada tahun lepas.

"Hadiah kemenangan yang ditawarkan meningkat kira-kira RM190,000 melibatkan semua kategori yang dipertandingkan," katanya ketika ditemui Bernama selepas menghadiri program 'Kayuhan Kota Baharu' sempena LTdL di perkarangan Stadium Sultan Muhamed ke-IV, hari ini.

Mohamed berkata peningkatan hadiah kemenangan itu adalah sejajar dengan usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menjadikan LTdL sebagai produk industri sukan negara.

"Selain itu, kita juga dapat menarik dan mencungkil lebih ramai bakat baru tempatan untuk memajukan sukan itu," katanya.

Penganjuran LTdL tahun ini adalah yang pertama kali dianjurkan oleh KBS dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dengan peruntukan kewangan lebih kecil berbanding sebelum ini.

KBS memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM7.5 juta berbanding RM12 juta pada edisi sebelum ini.

"Walaupun kos terhad, kita sentiasa cuba menaikkan lagi hadiah kemenangan dengan mewujudkan kerjasama pintar dengan pihak-pihak swasta," katanya.

Edisi ke-15 LTdL 2010 diberikan status 2.0 hors (kategori pendakian tertinggi) oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang membabitkan persaingan 20 pasukan.

Perlumbaan akan bermula pada Isnin di Kota Baharu, Kelantan sebelum menyusuri Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor dan berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur membabitkan jarak keseluruhan sejauh 1013.9 kilometer. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan