Dua Juara Bertahan Janji Pertahan Kejuaraan

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Juara bertahan triathlon profesional, Luke Mackenzie dan Belinda Granger, kedua-duanya dari Australia yakin dapat mempertahankan kejuaraan masing-masing pada edisi ke-11 kejohanan Ironman Langkawi 2010 esok.

"Walaupun cuaca panas, kedua-dua atlit profesional itu turut yakin untuk memperbaiki masa yang dicatat mereka tahun lepas," kata kedua-dua atlet itu pada sidang akhbar di sini hari ini.

Luke mencatat 8 jam 26 minit 48 saat (8:26:48) pada edisi ke-10 tahun di Langkawi tahun lepas manakala rakan senegaranya, Belinda mencatat 9:21:10.

"Cuaca panas memberi kekuatan kepada saya untuk lebih mengharungi cabaran pertandingan ini," kata Luke dan menambah ketiadaan naib juara tahun lepas Bryan Rhodes (New Zealand) yang juga pemegang rekod kejohanan 2002 (8:10) mencerahkan harapannya mempertahankan kejuaraan tersebut.

Belinda pula turut merasai 'bahang' tetapi lebih yakin kerana ketiadaan pencabar ternama menyenangkan usaha mempertahan kejuaraannya. Kejohanan lasak itu membabitkan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer, berbasikal 180 kilometer dan berlari 42.2 kilometer.

Seramai 35 peserta terbaik kejohanan ini akan melayakkan diri ke peringkat akhir kejohanan Ironman dunia di Kona, Hawaii, Oktober ini.

Sementara itu, atlet profesional Jepun, Hirovuki Nishiuchi, 34, menaruh harapan dengan memberi saingan sengit walaupun mengakui cuaca panas memberi tekanan kepadanya untuk memenangi kejohanan.

Seorang peserta buta dari Jepun, Harimi Yanagawa, 54, yang menyertai kejohanan ini bagi kali keempat tidak bimbang kekurangan pada dirinya akan menyebabkan beliau tersingkir awal.

Pemenang pingat emas acara marathon Sukan Paralimpik Atlanta itu yang akan dibantu rakannya Anysunaga dalam acara berbasikal dan larian mencatat kepantasan 11:12:30 di Langkawi tahun lepas.

Atlet Malaysia, Mohd Hafiz Wong, 34, yang melayakkan diri ke Kona tahun lepas yakin dapat mengulangi kejayaan itu kali ini hasil latihan keras selama tiga bulan.

Beliau merupakan bekas pelumba basikal kebangsaan mencatat 9 jam 57 minit tahun lepas, tetapi tidak dapat bertanding di Kona kerana tidak mendapat visa.

Seorang lagi peserta harapan negara, Jasmi Mohd Sarael, 34, berazam memberi persembahan terbaiknya berikutan kesilapannya pada edisi ke-10 tahun lepas, menyebabkan keputusannya dibatalkan kerana tidak menghabiskan satu pusingan.

Sementara itu, Pengarah kejohanan Ironman Langkawi, Datuk A. Chandrakumanan berharap syarikat-syarikat korporat dapat menaja atlit-atlit Ironman negara yang bertanding pada kejohanan tersebut untuk menaikkan nama Malaysia di persada dunia.

Beliau berkata mereka boleh memberi sumbangan dalam bentuk penajaan latihan dan menyertai kejohanan.

"Untuk menyertai kejohanan Ironman, peserta perlu menjalani latihan intensif yang lama dan pasti memerlukan sumber kewangan. Untuk menjadi juara, mereka perlu menyertainya berterusan," katanya di sini, hari ini.

Sehubungan itu beliau berharap Kementerian Belia dan Sukan serta agensi kerajaan dan sektor swasta boleh membantu atlet-atlet negara yang menunjukkan bakat mereka dalam kejohanan ini sebagai asas membantu mereka pada masa akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan