690 Atlet Buru Gelaran Ironman Langkawi 2010 Esok

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Seramai 690 atlet dari 41 buah negara akan berentap pada edisi ke-11 kejohanan Ironman Langkawi 2010 yang akan berlangsung esok.

Jumlah itu meningkat 110 orang berbanding tahun lepas seramai 580 orang yang mewakili 33 negara.

Singapura menjadi negara asing menghantar peserta teramai iaitu 126 orang, diikuti Jepun (106); Filipina (42) Korea Selatan (40); Australia (32); Thailand (21); Jerman (20); Amerika Syarikat dan United Kingdom masing-masing dengan 18 peserta.

Mengikut senarai yang dikeluarkan sekretariat kejohanan, tuan rumah Malaysia diwakili 165 peserta apabila pendaftaran ditutup pukul 2 petang ini.

Pengarah kejohanan, Datuk A. Chandrakumanan berkata segala persiapan untuk kejohanan sudah pun siap dan hanya menanti hari perlumbaan esok.

"Persiapan 100 peratus siap, dan kini hanya menanti hari perlumbaan. Saya nak lihat dari segi perjalanan peserta ketika berenang, berbasikal dan larian. Yang lain termasuk trafik semua sudah bersedia," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau turut berharap penduduk tempatan memberikan kerjasama dan keluar memberikan sokongan kepada atlet-atlet termasuk peserta negara yang bertanding di sepanjang laluan pertandingan.

Menurut Chandrakumanan lebih 30,000 liter air termasuk minuman botol disediakan kepada semua peserta.

Katanya daripada jumlah itu 24,000 liter adalah air mineral, 10,000 liter minuman bertenaga dan 4,000 tin minuman berkarbonat, selain 5,000 bungkusan makanan dan buah-buahan.

Kejohanan itu membabitkan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer, berbasikal 180 kilometer dan berlari 42.2 kilometer, menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah US$50,000 (RM170,500).

Setiap peserta wajib menamatkan ketiga-tiga disiplin tersebut dalam tempoh masa 17 jam untuk layak bergelar Ironman.

Seramai 35 peserta terbaik pada kejohanan ini akan melayakan diri ke peringkat akhir kejohanan Ironman Dunia di Kona, Hawaii, Oktober tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan